Selasa, 1 April 2008

KASIH BERTOMPOK, BENCI MELATA

Assalamualaikum dan selam sejahtera,
Beresyukur kita pda hari ini kita masih boleh mengadap computer, melayari internet, dalam masa yang sama, kita masih boleh beribadah, bekarja mencari rezki, betemu saudara-mara merapat kat silaturrahim dan masih boleh melakukan segala galanya.
Dalam sedar atau tidak, kita tidak melihat masa hadapan kita. Adakah yang sama akan berlaku. Masih boleh kah kita melakukan itu semua. Ya..boleh…sekiranya Yang Maha Esa masih redha atau Yang Maha Esa mahu terus melalaikan kita.
Selapas PRU12, macam macam isu, cerita, andaian,fitnah, dan entah apa lagi. Ada yang gembira, suka, puas dan ada kecewa duka lara. Mungkin Yang Maha Esa mahu menguji kita. Sekadar mana perjuangan kita, sekadar mana kesungguhan kita, sekadar mana pengorbana kita, sekadar mana penerimaan kita. Inilah pengajaran yang paling berguna kepada UMNO. “Itupun kalau nak buat pengajaran”. Namun masih ada pemimpin nak sorok bangkai gajah.

DIMANA SILAPNYA.
Nak cari kesilapan memang senang. Tapi PRU 12 kali ini silapnya banyak sangat sampai tak terbilang. Tak payah dok cari, dah ada depan mata. Persoalan utama adalah dimana kehebatan UMNO/BN sekarang. Kita digula-gulakan kehebatan dulu. Kita dicanang dengan pembagunan. Inilah kesilapan utama. Sampai ketua cawangan tak tahu UMNO bila ditubuhkan. Asas asas UMNO kita dah lupa. Sampai dah kalah masih bongkak. Ya lah ...masih memerintah… tapi dari 2/3 tinggal hanya 140 kerusi tu apa maknanya.
Dulu rakyat hanya tengok berita di TV, dengar berita di radio, baca akbar Utusan Malaysia. Media media ini telah meggula-gulakan rakyat. Apabila rakyat mendengar berita di lain arena yang bertentangan dengan media arus perdana, rakyat jadi keliru dan akan mencari alternatif lain untuk mendapat kebenaran berita. Kita berterima kasih diatas usaha Tun Dr Mahadhir kerana menjayakan membagunan IT di Malaysia. Rakyat bukan jumud. Golongan pertengahan mengadap INTERNET berjam-jam sehari. Mereka mencari isu-isu untuk disebarkan. Sekiranya saya menulis “ Rumah Ketua pemuda Cawangan itu berharga 100 ribu hasil dari…” seminggu saja dah berjuta orang baca. Sekali kata orang tak percaya lagi, tapi kalau dah berkali2. Takkan lah orang politik tak terbaca bahan ini. Dengan ada kemudahan ini Internet pembangkang dengan mudah menyebarkan berita, ada yang palsu dan ada juga yang betul. Rakyat akan percaya kerana masih percaya kata orang tua-tua " kalau diam tanda setuju". , …tapi tak dengar pun penafian dibuat. Dah nampak macam betul. Kenapa masih ada yang nak bersembuny. Buat buat tak tahu yang tahu atau memang tak tahu. S/U kiri kanan, pegawai khas depan belakang. APA SALAH NYA, SEKIRANYA BUAT KENYAAN, PENAFIAN, ATAU MENGAKU SAJA.
Dalam masa kita tercari-cari arah baru ini masih ada pemimpin UMNO yan masih angkuh, tak mahu tunduk merenung dengan insaf. Ya lah…dia menang. Tapi pemimpin ini lupa yang kalah. Ini lah penyakit yang telah sekian lama. Yang kalah tak dipedulikan. Mungkin yang kalah sudah tak bererti lagi kepada yang menang. Tak bererti apa-apa. Mungkin di Bahagian nanti pun tak cukup pencalonan untuk bertanding Ketua Bahagian. Mungkin budaya "kerat-mengerat" ini sudah menjadi budaya dalam UMNO. Pengikut lari pasal project tak turun dah, lari lah cari yang menang pula.
Mungkin benar kata sinis seorang kawan saya " UMNO la ni dimulut saja, tak dak di hati, menteri tu yang ada belakon ja pandai, bodek pun kuat". Mulanya marah bila kita dengar. Tapi inilah kebenarannya. Kita perlu terima hakikat ini. Sekira nya pemimpin UMNO ini ada UMNO dihati maka UMNO takkan berpecah belah. Ahli UMNO tuntut PM letak jawatan, adakah sebab sayangkan UMNO dihati mereka atau kebencian kepada KJ?. Mungkin pengkritik2, bloger2, pemerhati2 dan ahli UMNO terlepas pandang masalah yang akan timbul selepas perletakan jawatan itu. Ya lah.... dah KASIH BERTOMPOK, BENCIMELATA....Kaki yang tempang jangan ke medan perang. Orang2 yang menghentem ini juga akan berkata " tu dia Pak Lah tinggai gheba". " Dah kalah tu dia tuang tu". " macam pompuan la Pak Lah ni, kalah teruk letak jawatan, kalau anak jantan dia tunggu lagi laaa" Ini lah permainan orang melayu yang hanya pandai main sorong tarik. "tak letak katanya tak bertanggungjawab, diletaknya nanti dikata bacul" serba salah......

TUDING JARI
Perkataan paling popular keluar dari mulut pembesar2 malayasia dari Pusat sampai ke bahagian “ jangan tuding jari”, “ jangan tuduh siapa salah, siapa betul” . Yang hairanya kalau tak tuding macam mana nak tunjuk yang salah. Tak pun pemimpin ni takut kena tunjuk. Sampai bila pun pemimpim UMNO akan takut dengan baying-bayang sendiri. Meraka ini ibarat dayus atau pun bacul. Mengapa?...berani buat tak berani tanggung. Kalau tak tunjuk dia akan rasa betul sampai kiamat. Yang tahu tunjuk kepada orang lain agar orang lain pun tahu. Disebabkan tak boleh tuding itulah rakyat menuding di kertas undi.

BERSERAH
Bukan saya nak mencanang semangga Pak Lah, tapi ada kah yang pengkritik tu mengunakan kedua tangan pemberian ALLAH untuk berdoa supaya Pak Lah diberi petunjuk. Adakan kita berdoa supaya UMNO selamat. Adakah kita sudah berdoa agar bangsa kita ini tidak dijajah. Adakah kita sudah berdoa agar.pemimpin kita diberi petunjuk dengan jalan yang lurus.Kita sebenarnya lupa akan Kada’ dan Kadar. Kita tak serah urusan kita kepada ALLAH. Kita sudah mengambil alih ususan ALLAh…..