Rabu, 19 November 2008

Bicara Hati

Hari hari berlalu
Aku bangai hanyut dengan angan kosong
Bagai menunggu pada yang tak kunjung
Mengharap pada yang tiada
Menanti pada yang berlalu
Mendengar pada yang bisu
Melihat pada yang gelap
Menyentuh pada yang tak tercapai
Merasa pada yang kosong
Menegur pada yang pekak
Menyuruh pada yang tuli

Sekian kali aku ini
Berbicara dengan hati
Akal sering melintang
Sering ada dunia di depan
Menutup sinar hati
Yang nyata menunggu pada yang datang
Mengarap pada yang ada
Menanti pada yang tiba
Mendengar pada yang berkata
Melihat pada yang terang
Menyentuh pada yang tercapai
Merasa pada yang zahir
Menegur pada yang peka
Menyuruh pada yang mendengar

Kali ini aku berbicara lagi
Berbicara dengan hati
Memohon pada Ilahi
Agar hati tidak condong
Akal tidak melintang
Diri tidak tegak megah
Wajah tidak berpaling
Sinar hati ini tidak tergalang
Biar bersinar dengan cayahaMu



wanbaki
20/11/2008
penang

Selasa, 11 November 2008

Bila Sudah Ditentukan

Mesyuarat agong UMNO Bahagian Baling sudah selesai, keputusannya seperti dibawah:

Ketua UMNO Bahagian: Dato` Abdul Azeez Abd Rahim
Timbalan Ketua Bahagian : YB Azmi Che Husin ( menang tanpa bertanding)
Naib Ketua Bahagian : En. Ishak bin Mat.
Ketua Wanita Bahagian: Dato` Dr Mashitah Ibrahim
Ketua Pemuda Bahagian: En. Khairul Azhar
Ketua Puteri: Puan Suriati

Yang kalah bukan kalah Cuma tak terpilih kata Dato` ketua bahagian dalam ucapan sulungnya. Kepada UMNO Bahagian Baling selamat berjuang untuk merampas kembali Parlimen Baling, DUN Kuala Ketil, dan DUN Kupang. Kemenangan Dato` Azeez tidak salah kerana dipilih oleh perwakilan. Namun perwakilan lupa akan kesan yang akan dihadapi kelak.

Namun harus diingat Baling merupakan kawasan yang unik dari segi sosioekonomi dan budaya politik. Selepas keputusan pemilihan saya dihubungi seorang kawan yang merupakan Pemuda PAS yang mengucapkan TAHNIAH kerana Dato` Abdul Azeez menang dan menjadi Ketua UMNO Bahagian Baling. “Kenapa suka sangat dengan Azeez ni” itulah soalan saya kepadanya dan saya sudah mengagak jawapan yang akan diberikan …”kami tak payah dok keja teruk-teruk dah PRU13 ni..ha ha ha” dan saya berjanji untuk berjumpa dengan beliau di Kupang sambil minum.

Setelah 2 jam bersembang akhirnya saya membuat kesimpulan dari penerangan beliau:

1. UMNO / BN akan kalah lagi di Baling apabila PRU 13 kerana mentality orang Baling lebih terpengaruh kearah keislaman. Bila PRU nanti PAS hanya mengunakan perang saraf kepada pengundi 50thn keatas.

2. Bila PRU12 (2008) rata- rata golongan muda dari saluran 2 dan 3 tidak menyokong UMNO/BN kerana protes. Perkara ini dosedari semua pihak samaada di pihak pembangkang atau pun UMNO sendiri. PAS akan menggunakan pendekatan yang serupa menyerang peribadi Ketua UMNO Bahagian dan menyalah kan kelemahan pemimpin UMNO cawangan kerana memilih pemimpin yang tidak ada background agama..

3. PAS akan menggunakan semangat kedaerahan kerana Dato` Azeez bukan berasal dari daerah ini dan kesempatan ini akan digunakan sepenuhnya oleh PAS yang akan di wakili oleh Taib Azamudin.

4. PAS juga akan menyerang dengan menjaja yang Dato` Azeez adalah mamak bukan melayu. UMNO memang tidak boleh di pilih kerana tidak mengangkat orang Melayu di Baling ini menjadi pemimpin. Akar umbi akan marah kepada pemimpin UMNO cawangan kerana salah pilihan dan akan memangkah PAS.

5. Orang di Baling tidak melihat pembangunan metarialistik dan infrasuktur sebagai pengukur kepimpinan. Mereka lebih suka kepada pemimpin yang ada asas agama, mudah digauli, senang untuk berbincang.

6. PAS menyedari pemimpim UMNO di cawangan mudah untuk dibeli dan mudah tewas dengan wang ringgit… “ PAS dengan mudah membuat propaganda kepada Bilik Gerakan UMNO dan menyebarkan saiwo yang Bilik Gerakan tertentu mendapat peruntukan lebih. Ini akan menyebabkan ahli UMNO melompat tak tentu arah dan marah kepada pemimpin UMNO bahagian. Ini kerana mereka sedia maklum Calon BN orang KAYA.

7. Orang UMNO yang sedar akan kekalahan menanti dihadapan tidak akan bersungguh-sungguh kerana kecewa dengan apa yang berlaku pada prmilihan kali ini.

Setelah berpikir panjang saya amat yakin UMNO Bahagian Baling perlu ada mekanisma yang kuat untuk menggerakkan jentera untuk memberi kayakinan kepada akar umbi supaya perkara diatas dapat ditangani dengan berkesan. Namun UMNO Baling harus menelan kepahitan diatas kemengan Dato` Azeez Rahin sebagai Ketua UMNO Bahagian Baling.

Selamat Berjuang...

Jumaat, 7 November 2008

" Sepak salah, Tak "sepak" kalah"...

Salam ,

Istilah "sepak"(yang guna tangan) sudah polular dan akan muncul setiap kali pemilihan. Mungkin ini yang dibudayakan atau membudayakan tak pun terbudaya dan kadang-kadang memperbudayakan.

“Sepak”bermaksud memberi wang atau barang untuk meraih undi atau membeli undi dari pihak tertentu. Dulu istilah tercipta kerana dengan pemberian RM50.00 yang menunjukan bilangan jari untuk sebelah tangan. Itu dulu sebelah tangan saja. Sekarang ni mungkin perwakilan rebah bila banyak sangat kena “sepak”. Agak agak laaaaaa….

Macam-macam jenis "sepak" yang boleh di di jadikan mangsa...

1. Perwakilan... siap ada pantun kepada calon " buah nyok buah kelapa, tak huloq tak dak pa", "ulaq kapak ulaq lidi, tak "sepak" takdak undi", (untung jugak ahli = kena kluaq banyak )

2. Ketua Cawangan... (sorang ketua ja yang untung = kurang sikit modal)

3. Pengandar iaitu orang yang jadi pak sanggup untuk menjaga "kebajikan" perwakilan dan ketua cawangan berdekatan. (1 orang ja untung di sesuatu kawasan= kurang modal)

4. Kempen manager (orang yang ada pengaruh yang boleh mempengaruhi perwakilan di setiap kawasan= modal kurang)

5. Ejen pengira undi (wakil calon yang di “sepak” oleh calon pihak lawan supaya tidak membantah dalam prosess pengiraan undi= modal kurang jugak ni)

6. Wakil perhubungan negeri (wakil dari bahagian lain yang menjadi pemerhati dan mengira undi.... modal besar = hasil memang berbaloiiiii....tanya orang baling mesti tauuu)

Akhir hujah... " sepak salah, tak "sepak" kalah"...siapa yang bersalah...perwakilan yang mintak ka, calon yang bagi ka, undang-undang ka, BPR ka, serba salah.. mungkin suatu hari nanti kita akan kehilangan pemimpin yang baik tapi kurang kaya kerana yang kaya akan jadi ketua bahagian.

Semoga Allah merahmati….