Khamis, 18 Jun 2009

PAS – UMNO atau UMNO – PAS yang MANA SEPATUTNYA…

PAS – UMNO atau UMNO – PAS yang MANA SEPATUTNYA…

Aku rasa semua orang la ni pakat dok perati pasal Kerajaan Perpaduan. Kerajaan ni UMNO – PAS atau PAS – UMNO atau BN – PAS atau PAS – BN. Yang mana satu ni.

Orang PAS salahkan UMNO pancing PAS sampai Us Nasha pun kena sembuq. Orang UMNO pulak salahkan orang PAS pasal terlalu xtream. Biaq la ada rundingan dulu macam mana pun. Dengaq dulu penjelasan kedua dua belah pihak.

Yang paling aku heran bila Nik Aziz marah sangat Us Nasha. Us Nasha bukannya dok bincang pasal nak bersatu dengan UMNO hanya pasal kerajaan perpaduan atau UNITY GOV. ja. Yang dok berpakat dengan DAP tu buleh pulak. Yang sah menentang perjuangan ISLAM PAS adalah dari dalam rumah PR sendiri. Yakni rakan sebantal PAS.

Aku tengok orang UMNO tak kisah pun kalau UMNO nak adakan perbincangan dengan PAS, sebab UMNO lebih rasinal dalan sesuatau isu. Ini menunjukan kematangan politik dari pihak UMNO. UMNO mahukan sesuatu yang memberi faedah kepada AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU, dan NEGARA MALAYSIA.

Tuan Guru Nik Aziz tidak sepatutnya menyalar tindakan Us Nasha kerana PERPADUAN dianjurkan di dalam ISLAM. Ini menunjujkan yang Nik Aziz tidak suka kepada perpaduan, benci kepada UMNO yang juga ISLAM, dan juga pendendam kerana sifat memaafkan yang ada pad Rasulullah tidak diikuti. Sekiranya kita tidak redha dengan perilaku saudara se-Islam, kita tidak boleh mendoakan supaya orang itu di timpa bala. Sebaliknya kita sepatutnya mendoakan supaya Allah s.w.t memberikan petunjuk dan hidayah sebagaimana yang dilakukan oleh Junjungan Besar Nabi s.a.w semasa menyeru golongan kafir Quraisy. Namun ketika Nabi s.a.w menyampaikan seruan Baginda, golongan kafir Quraisy ini telah melontarkan pelbagai kecaman kepada Nabi s.a.w dan sesetengah mereka telah melontar batu sehingga Nabi s.a.w luka berdarah, dan menyebabkan semua malaikat marah. Namun apakah balasan Nabi s.a.w terhadap tindakan pihak kafir Quraisy itu? Nabi s.a.w telah berdoa yang bermaksud: Wahai Tuhanku, berilah petunjuk dan hidayah kepada mereka kerana mereka tidak mengetahui. Sepatutnya perbuatan Nabi s.a.w menjadi teladan kepada kita semua, lebih-lebih lagi kepada mereka yang kononnya mengaku memperjuangkan Islam.

Orang cakap yang UMNO lemah menyebabkan gila talak pada PAS. Pada hakikat yang sebenar siapa yang lemah??? MELAYU atau ISLAM. Bukan bemaksud yang Melayu itu UMNO dan Islam itu PAS tetapi dimana letaknya ISLAM di Negara ini kalau Melayu lemah. Menjadi hukum alam yang Melayu itu Islam dan Islam itu belum tentu Melayu. Apa yang terjadi kepada ISLAM sekiranya Melayu sudah tiada kuasa, lemah dan mundur. Demi menjaga bangsa yang menjadi tunjang Negara ini UMNO dituduh ASABIYAH.

ASABIYAH ialah satu perkataan Arab yang membawa maksud puak keturunan atau suku kaum yang berasal daripada rumpun yang sama. Perkataan taksub atau fanatik membawa erti seruan seseorang supaya disokong puak keturunannya, atau mempertahankan kelompok mereka walaupun nyata kelompok mereka itu melakukan kesalahan dan kezaliman. Hadis Nabi s.a.w seterusnya menjelaskan yang bermaksud: Telah bertanya seorang lelaki: Wahai Rasulullah, adakah dianggap fanatik puak orang yang sayang kepada kaum bangsanya? Jawab Baginda, tidak, tetapi fanatik puak ialah seorang yang menolong kaum bangsanya kepada kezaliman.

Di manakah Pas meletakkan panduan ajaran Islam sepertimana firman Allah yang bermaksud; Dan serulah pada jalan kamu dengan penuh hikmah, nasihat yang baik dan berbincang, berdialog dengan perkataan yang lebih baik?

.

Rabu, 17 Jun 2009

Chikungunya

Aku baru lege ja demam Chikungunya ni. Kesannya ada lagi. Sakit sendi-sendi terutama tempat yang pernah terseliuh ka, patah ka, tergeliat ka. Lutut dan buku lali masih rasa sengal-sengal. Yang tak boleh tahan tu gatal-gatal kat badan. Kalau sakit sendi dok diam ja ok dah tapi main ngan gatai kot belakang tu yang tak bleh tahan tu...

Pantang bayak jugak la benda yang tak boleh makan terutama pisang, pulut, sayuq sayuq sejuk macam kobih, kacang panjang, ketula, macam-macam lagi lah...

Masa mula nak sakit tu demam dulu pas tu nek merah-merah kat badan. Pas tu baru sakit sendi-sendi. Aku p klinik doc bagi ubat demam, ubat tahan sakit dengan ubat sendi ja. Orang bagi tau kat aku supaya minum 100 PLUS dengan ayaq nyoq (air kelapa daaaaa). Kira boleh tahan laaa.... 5 hari ja dah ok...

Aku rasa tahun ni 100PLUS laku gila. Sampai tak dak stok kat kampung. Nak ja kena p beli kat pekan.

Di sini aku kongsi sikit info untuk kawan2.

Penyakit Chikungunya

1. Apa itu Penyakit Chikungunya?
Chikungunya adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk.
Chikungunya pertama kali dikesan melalui ujian darah di Tanzania pada tahun 1953. Semenjak itu ia berlaku di negara-negara Afrika, Asia dan akhir-akhir ini ia berlaku di beberapa buah tempat di Negara Eropah. Ia endemik (selalu berlaku) di kebanyakan negara Sub Sahara Afrika, India, Asia Tenggara, Indonesia dan Filipina.
Ia bukanlah satu penyakit misteri yang tidak diketahui puncanya.

2. Bagaimana penyakit ini boleh berlaku?
Chikungunya adalah demam yang disebabkan oleh virus daripada genus Alphavirus di dalam keluarga Togaviridae.

3. Adakah ia berjangkit?
Ya. Virus Chikungunya berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes albopictus atau Aedes aegypti yang membawa virus tersebut. Nyamuk Aedes juga menyebarkan virus penyakit demam denggi.

4. Apakah masa pengeraman bagi Chikungunya?
Masa pengeraman bagi Chikungunya boleh menjangkau di antara 3 hingga 12 hari tetapi pada kebiasaannya di antara 3 hingga 7 hari.

5. Apakah tanda-tanda dan gejala penyakit ini?
•Demam panas mengejut•Sakit teruk pada sendi•Ruam pada badan•Sakit kepala
Seorang pesakit boleh demam dari 1 hingga 7 hari (kebiasaannya 5 hari).
Penyakit Chikungunya boleh disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi.

6. Adakah penyakit ini boleh membawa maut?
Di Malaysia, Chikungunya tidak pernah dilaporkan boleh menyebabkan pendarahan atau kematian. Tetapi, sesetengah pesakit mengalami gejala yang berpanjangan.
Pesakit yang berumur boleh mengalami kesakitan berulang pada sendi sehingga beberapa bulan atau tahun.

7. Apakah rawatan bagi penyakit ini?
Seperti penyakit-penyakit yang disebabkan oleh virus, ia tiada rawatan yang khusus. Selalunya rawatan diberi berdasarkan gejala klinikal yang dialami oleh seseorang pesakit.
Kebanyakan kes yang terjadi hanya memerlukan rawatan pesakit luar sahaja.
Tiada vaksin bagi penyakit ini.

8. Apakah yang perlu dilakukan jika dijangkiti penyakit?
Jika mengalami tanda-tanda dan gejala penyakit Chikungunya, orang ramai adalah dinasihatkan segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital terdekat.

9. Cara pencegahan penyakit Chikungunya
•Bersihkan kawasan rumah dan persekitaran supaya bebas daripada tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes. Ini boleh dilakukan melalui aktiviti gotong royong. Adalah terbukti tiada kes baru yang dilaporkan di kawasan-kawasan yang melakukan gotong- royong.
•Periksa rumah dan persekitaran sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes.•Dapatkan rawatan dengan segera di klinik atau hospital berdekatan sekiranya mengalami tanda dan gejala penyakit.

Kejadian penyakit ini adalah terkawal dan terhad kepada kawasan-kawasan tertentu sahaja.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

Bilik Gerakan
Bahagian Kawalan Penyakit
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 3, Blok E10, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Putrajaya
No. Tel. : 03-8881 0600 / 03-8881 0700