Khamis, 18 Jun 2009

PAS – UMNO atau UMNO – PAS yang MANA SEPATUTNYA…

PAS – UMNO atau UMNO – PAS yang MANA SEPATUTNYA…

Aku rasa semua orang la ni pakat dok perati pasal Kerajaan Perpaduan. Kerajaan ni UMNO – PAS atau PAS – UMNO atau BN – PAS atau PAS – BN. Yang mana satu ni.

Orang PAS salahkan UMNO pancing PAS sampai Us Nasha pun kena sembuq. Orang UMNO pulak salahkan orang PAS pasal terlalu xtream. Biaq la ada rundingan dulu macam mana pun. Dengaq dulu penjelasan kedua dua belah pihak.

Yang paling aku heran bila Nik Aziz marah sangat Us Nasha. Us Nasha bukannya dok bincang pasal nak bersatu dengan UMNO hanya pasal kerajaan perpaduan atau UNITY GOV. ja. Yang dok berpakat dengan DAP tu buleh pulak. Yang sah menentang perjuangan ISLAM PAS adalah dari dalam rumah PR sendiri. Yakni rakan sebantal PAS.

Aku tengok orang UMNO tak kisah pun kalau UMNO nak adakan perbincangan dengan PAS, sebab UMNO lebih rasinal dalan sesuatau isu. Ini menunjukan kematangan politik dari pihak UMNO. UMNO mahukan sesuatu yang memberi faedah kepada AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU, dan NEGARA MALAYSIA.

Tuan Guru Nik Aziz tidak sepatutnya menyalar tindakan Us Nasha kerana PERPADUAN dianjurkan di dalam ISLAM. Ini menunjujkan yang Nik Aziz tidak suka kepada perpaduan, benci kepada UMNO yang juga ISLAM, dan juga pendendam kerana sifat memaafkan yang ada pad Rasulullah tidak diikuti. Sekiranya kita tidak redha dengan perilaku saudara se-Islam, kita tidak boleh mendoakan supaya orang itu di timpa bala. Sebaliknya kita sepatutnya mendoakan supaya Allah s.w.t memberikan petunjuk dan hidayah sebagaimana yang dilakukan oleh Junjungan Besar Nabi s.a.w semasa menyeru golongan kafir Quraisy. Namun ketika Nabi s.a.w menyampaikan seruan Baginda, golongan kafir Quraisy ini telah melontarkan pelbagai kecaman kepada Nabi s.a.w dan sesetengah mereka telah melontar batu sehingga Nabi s.a.w luka berdarah, dan menyebabkan semua malaikat marah. Namun apakah balasan Nabi s.a.w terhadap tindakan pihak kafir Quraisy itu? Nabi s.a.w telah berdoa yang bermaksud: Wahai Tuhanku, berilah petunjuk dan hidayah kepada mereka kerana mereka tidak mengetahui. Sepatutnya perbuatan Nabi s.a.w menjadi teladan kepada kita semua, lebih-lebih lagi kepada mereka yang kononnya mengaku memperjuangkan Islam.

Orang cakap yang UMNO lemah menyebabkan gila talak pada PAS. Pada hakikat yang sebenar siapa yang lemah??? MELAYU atau ISLAM. Bukan bemaksud yang Melayu itu UMNO dan Islam itu PAS tetapi dimana letaknya ISLAM di Negara ini kalau Melayu lemah. Menjadi hukum alam yang Melayu itu Islam dan Islam itu belum tentu Melayu. Apa yang terjadi kepada ISLAM sekiranya Melayu sudah tiada kuasa, lemah dan mundur. Demi menjaga bangsa yang menjadi tunjang Negara ini UMNO dituduh ASABIYAH.

ASABIYAH ialah satu perkataan Arab yang membawa maksud puak keturunan atau suku kaum yang berasal daripada rumpun yang sama. Perkataan taksub atau fanatik membawa erti seruan seseorang supaya disokong puak keturunannya, atau mempertahankan kelompok mereka walaupun nyata kelompok mereka itu melakukan kesalahan dan kezaliman. Hadis Nabi s.a.w seterusnya menjelaskan yang bermaksud: Telah bertanya seorang lelaki: Wahai Rasulullah, adakah dianggap fanatik puak orang yang sayang kepada kaum bangsanya? Jawab Baginda, tidak, tetapi fanatik puak ialah seorang yang menolong kaum bangsanya kepada kezaliman.

Di manakah Pas meletakkan panduan ajaran Islam sepertimana firman Allah yang bermaksud; Dan serulah pada jalan kamu dengan penuh hikmah, nasihat yang baik dan berbincang, berdialog dengan perkataan yang lebih baik?

.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

berdialog,membuka pintu perbincangan mmg tidak dinafikan..

tapi jadikan sejarah sbg pengajaran..
sila rujuk sejarah Perang Siffin...

mempergunakan/berselindung di sebalik al-quran dan perpaduan utk mengalahkan perjuangan islam..

Tanpa Nama berkata...

yuan tanpa nama...
siapa kah perjuangan islam itu..adakah PAS???

Siapa abdullah bin sabak dalam perang jamal? Wajah itu adda di malaysia, sipa dia? Perang siffin berkait rapat denagn jamal, mengapa amru al ass memihak kepada Muawiyah,?

Sekarang ni siapa di pihak ali dan siapa di pihak muawiyah??? sekiranya UMNO di pihak pemerintah bermakna pihak Ali dan yang memulakan rancangan kerajaan perpaduan ini adalah PAS yang bermakna pihak Muawiyah...Namun sedar tak yang UMNO menggadaikan maruah dan pengajaran dari PERANG SAFFFIN ini untuk perpaduan????

Munggkin orang PAS yang merancang untuk mengulangi peristiwa antara Abu Musa Al-Asya'ari dan Amru al-Aas...???

Ini bermakna UMNO akan kalah dan PAS akan menjadi pemerintah... tp...alhamdulillah...UMNO menerima untuk perpaduan dengan hati terbuka...

DukeOfUMNO berkata...

Salam bro...

Bro dijemput ke Majlis Gathering Bloggers Utara pada 4th Julai ni...detailnya ada diblog saya...TQ....