Khamis, 29 Oktober 2009

UNTUK SAPA NI????

1. Aku dok pike lagi diatara hilang kepercayaan, hilang keyakinan asal jangan hilang pedoman. Masalah kalau lari lagi la banyak yang datang. Selasaikan ja. Tapi orang politik lain pulak... kalau hilang keyakinan, dan kepercayaan... seperti yang terjadi di sabah dan Port Klang...

2. Aku jugak kelu bila kereta lebih 15 tahun kena p check PUSPAKOM tiap tiap taun... biar betol..yang guna keta KE20, KE30, GL, semua tu orang kampung yang sendiri mau ingat laaaaa...

3. Nak bagi subsidi beras???? yang dok ada masalah pembahagian projek kelas F pun kantoi la BRO BRO MENTERI OOOOIIIIIII..... aku baca DSKT kata tu betoi laaaaa...

4. Aku guna kad cradit...dulu free for life...lani kena baya RM50... Cuba kita pk orang yang berutang ni orang susah ka orang senang... kalau nak kawal bukan macam tu cara dia... bagi la max RM1000 unutk pendapatan RM1000 kaa...contoh ja la...

5. Yang paling bangsat....penggubal dasar ni bahalol ka....mabuk tuak kaaa.. Depa nak jaga sapa sebenaq nya.... TAK DAK PUN ORANG SIASAT RAKYAT BAWAH..kalu ikut poket depa ja...tunggu nak rebah teruih laaaa...

6. Kalau ini tang PM buat untuk test and Error.... do it... tp sapa yang akan rugiiii... Cina tak gelabah pun... Melayu gak yang macam TALAPIA TAK CUKUP OKSIGEN

Khamis, 22 Oktober 2009

PELUANG KAU PELUANG AKU JUGA

1. Banyak perkara yang berlaku dalam sebulan dua ni. Ia amat pantas. Kadang kadang kita tak sedar yang ia telah berlalu dan menberi impak yang besar dalam semua segi.
2. Walaupun aku hari hari sibuk bekerja tepi aku juga sibuk cari kerja. Cuba bayangkan orang yang belum ada kerja yang sedang cari kerja. Lagi pressure...sudah tentu..
3. Dalam dok cari kerja ni aku jumpa banyak benda yang kadang kadang menyampah yang amat. Bila sapa-sapa pun buka ja sesawang yang menjadi ejen cari kerja ni akan perasan yang Bahasa Malaysia tak diperlukan di dalam dunia industri di Malaysia.
4. Bahasa Malaysia menjadi bahasa NO 3.
5. aku rasa tak payah nak jtunjuk bukti kerana sapa pun boleh buka sesawang tersebut.
6. Bahasa Inggeris paling utama diperlukan mungkin untuk persembahan (presentation) dan komunikasi dengan pelanggan luar Negara kerana pelanggan tu tak pandai Bahasa Malaysia.
7. Bahasa Manderin menjadi bahasa NO 2. Kenapa?? Mungkin kalau aku akan jadi resis bila aku cakap. Tapi inilah kenyataan.
8. Banyak syarikat pembuatan di Malayisa mengimpot bahan mentah dari China, dengan itu komunikasi dua hala amat penting menggunakan Bahasa Manderin.
9. Perkara ini sebenarnya memberi kesan yang besar kepada Graduan Melayu, kerana peluang mereka amat terhad kepada syrikat multinational yang menggunakan Bahasa Inggeris dalam komunikasinya sahaja.
10. Mungkin fenomena ini yang berlarutan sejak dulu dan akan terus menghimpit graduan Melayu ini disedari atau sengaja buat-buat tak sedar diri.
11. Aku berharap 1Malaysia yang di gagas kan oleh Pak Jib ni boleh menghapuskan trend ini kalau tak pun MERAPAT KAN JURANG….