Khamis, 9 Julai 2009

PPSMI: Dimana Maruah Bahasa Melayu

1. PPSMI, akan dimansuhkan dan akan diajar dengan bahasa ibunda bangsa sendiri. Kalau orang melayu yang belajar di sekolah kebangsaan akan diajar dalam bahasa melayu, India yang belajar di SRJK(T) akan diajar dalam bahasa Tamil, Cina yang belajar di SRJK (C) akan diajar dalam bahasa Cina.

2. Dulu orang yang menentang PPSMI ini adalah kerana untuk memertabatkan bahasa melayu bukan bahasa ibunda. Menjadi satu kekeliruan bila mentang PPSMI untuk memertabatkan bahasa melayu tetapi membari alasan yang tidak relevan yang pelajar akan lebih memahami bila diajar dalam bahasa ibunda. Dan kini kerajaan bertindak untuk memahamkan pelajar dalam pelajaran Sains dan Math ini demi MASA DEPAN NEGARA

3. Dimana pejuang Bahasa Melayu kini yang sanggup berdemontrasi menbantah PPSMI...? Adakah hajat mereka tercapai? Adakah maruah Bahasa Melayu akan pulih ke martabat yang tinggi.

4. Ayuh pejuang Bahasa Melayu, jangan lah jadi barua kepada suku-suku tertentu. Ayuh kita turun ke jalan-jalan raya unutk menentang pembelajaran dalam bahasa tamil dan bahasa cina kerana MEMPERJUANGKAN BAHASA MELAYU...

5. AKU CABAR PEJUANG BAHASA MELAYU INI AGAR BERJUANG SUPAYA SEMUA SEKOLAH MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU UNUTK MENGAJAR SAINS DAN MATH.

6. ADAKAH MEREKA INI..PEJUANG-PEJUANG BAHASA MELAYU SUDAH HILANG MARUAH UNUTK MEMERTABATKAN BAHASA MELAYU.?????

Khamis, 2 Julai 2009

Berpisah Jua

Pagi ni aku dengaq berita yang menggemparkan. Satu Malaya akan kecoh. Memang la Malaysia ni tak kan sunyi dengan kerenah politik. Pemimpin-pemimpin pakat la dok pulun dok jaga politik masing-masing hingga tak dan nak buat kerja. Rakyat dah bagi kepercayaan dan amanah pada PRU12 tapi hari ni rakyat dok tunggu-tunggu dengan penuh harapan janji-janji yang di tabor masa pilihanraya hari tu.

Apa yang paling mengejutkan DAP Kedah istihar keluar dari Pakatan Rakyat di Kedah. Maknanya PAS dan PKR saja yang akan memerintan Kedah bukan lagi Pakatan Rakyat. Ini menunjukan yang Pakatan Rapuh ini menghadapi masalah dalaman.

Yang paling aku hairan Tok-Tok Guru dan Ustaz-Ustaz dalam PAS (Parti yang berjuang ISLAM) ini masih menipu rakyat yang katanya Pakatan Rakyat masih utuh malah makin kuat. Tak ke munafik namanya perbuatan tu...

Krisis ini terjadi apabila DAP Kedah tidak lagi percaya dengan pinpinan PAS Kedah kerana merobohkan pusat penyembelihan BABI. Maka Ustaz Azizan mengeluarkan kenyataan yang DAP Kedah tidak menghormati pucuk pimpinan DAP pusat.

DAP Kedah memutuskan untuk keluar dari gabungan Pakatan Rakyat negeri itu kerana membantah tindakan kerajaan negeri merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Alor Star.

Sebelum itu, pada jam 3.30 petang petugas Majlis Bandaraya Alor Star menjalankan operasi merobohkan pusat penyembelihan tersebut.

Berikutan itu, Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su dan penyokongnya cuba menghalang operasi tersebut tetapi tidak berjaya.

DAP negeri kemudiannya mengadakan satu mesyuarat tergempar untuk membincangkan insiden tersebut.

Dan pada kira-kira jam 5 petang tadi, Thomas mengumumkan keputusdan DAP Kedah/Perlis untuk keluar dari Pakatan Rakyat.

Sementara itu, difahamkan ibupejabat DAP di ibungara akan mengadakan mesyaurat tergempar esok untuk membincangkan perkara tersebut.

Kita tunggu lepas ni apa lagi yang akan melanda Pakatan Rakyat ni...