Khamis, 9 Julai 2009

PPSMI: Dimana Maruah Bahasa Melayu

1. PPSMI, akan dimansuhkan dan akan diajar dengan bahasa ibunda bangsa sendiri. Kalau orang melayu yang belajar di sekolah kebangsaan akan diajar dalam bahasa melayu, India yang belajar di SRJK(T) akan diajar dalam bahasa Tamil, Cina yang belajar di SRJK (C) akan diajar dalam bahasa Cina.

2. Dulu orang yang menentang PPSMI ini adalah kerana untuk memertabatkan bahasa melayu bukan bahasa ibunda. Menjadi satu kekeliruan bila mentang PPSMI untuk memertabatkan bahasa melayu tetapi membari alasan yang tidak relevan yang pelajar akan lebih memahami bila diajar dalam bahasa ibunda. Dan kini kerajaan bertindak untuk memahamkan pelajar dalam pelajaran Sains dan Math ini demi MASA DEPAN NEGARA

3. Dimana pejuang Bahasa Melayu kini yang sanggup berdemontrasi menbantah PPSMI...? Adakah hajat mereka tercapai? Adakah maruah Bahasa Melayu akan pulih ke martabat yang tinggi.

4. Ayuh pejuang Bahasa Melayu, jangan lah jadi barua kepada suku-suku tertentu. Ayuh kita turun ke jalan-jalan raya unutk menentang pembelajaran dalam bahasa tamil dan bahasa cina kerana MEMPERJUANGKAN BAHASA MELAYU...

5. AKU CABAR PEJUANG BAHASA MELAYU INI AGAR BERJUANG SUPAYA SEMUA SEKOLAH MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU UNUTK MENGAJAR SAINS DAN MATH.

6. ADAKAH MEREKA INI..PEJUANG-PEJUANG BAHASA MELAYU SUDAH HILANG MARUAH UNUTK MEMERTABATKAN BAHASA MELAYU.?????

2 ulasan:

Anak Pantai Merdeka berkata...

Salam Tuan,

Menang sorak kampung tergadai

Basuh Baju berkata...

entahlah...PPSMI ni ada baik dan buruknya..tp yg pasti- adek saya dah pening..kejap2 tukar..