Isnin, 24 Januari 2011

sampai tara tuuuuuuuu..

Lama aku tak menulih. Asyik dok baca hat oghang. Paksai tak dak benda nak tulih. Idea tak maghi. Hari ni geli pulak nak tulih. Sebab tengok kho melapo dah. Kesian ke kawan adik beradik dema la. Bukanye apa, takok kita ni putuh adik beradik keghana benda lagu ni jah.

Politik bia la berpada, koklu sapey berdoa nak haco mu ku ni kho loghak dah ni. Kita jangan jadi terlalu taksub sapey lupa diri.

Kesian lah ke adik beradik mu hat UMNO nu... kaum kawan mu hat UMNO nu.. silak2 tok nenek mu hat UMNO nu.. Adakah UMNO menyerang seperti yahudi di perang Khandak.

Rasullulah SAW telah berdoa sebagaimana riwayat dari Abdullah bin Abu Aufa r.a katanya, Rasulullah s.a.w di hari perang Ahzab mengucapkan:”Ya Allah, yang menurunkan kitab dan cepat membuat perhitungan! Kalahkanlah kaum Ahzab dan goncangkanlah pendirian mereka.”

Sapa tentera Ahzab???.... Sapa yang nak hancurkan Islam??? Dimana letaknya Islam kalau bersekongkol dengan penentang Islam.??? adakah orang UMNO tidak mengucap 2 kalimah syahadah? adakah syahadah PAS dan UMNO berbeza???

Macam mana pulak ni????...... jangan lah kerana politik kita mendoakan kehancuran Islam lain???? MasyaAllah....

tgk la di sini dan di sini

Isnin, 3 Januari 2011

Selamat Tahun Baru 2011


Selamat Tahun Baru 2011

Fuhh... pejay celik-pejay celik dah 2011. dok harak thong ni lebih bek dari thong lepah2. Tapi bukan dok besabik di thong tu... kalu usaha lebih INSYAALLAH..depat lebih... semoga semua kita dapat hidayah dan petunjuk dari Allah untuk mengahadapi hihup yang kho mencaba nih... semoga Allah menjauhkan kita dari fittah Dajjal....
Malam thong baru di sambut meriah, tp kita jangan lupa tungu tengok bulan 9 nih kah ada dok buang anak. Dema dok haba kata kondom paling laku di kedey 24 jam... wallahuaklam la paksay kita tak jaga deh.... kena g tanya orang hat jaga kedey... kita perlu membudayakan benda hat moleh macam baca yasin, semayang sunat dan benda yang molek bukan dok buak benda mungkar nih...

Insya allah...sama lah kita membentuk satu masyarakat yang lebih islamik bukan saja nampak islamik atau perjuangan islamik yang hanya retorik....


Isnin, 25 Oktober 2010

FITNAH..FITNAH...FITNAH...

FITNAH..FITNAH...FITNAH...


Dah lama aku tak manulis tapi bila panas jugak isu ni aku pun jadi hot....


INI KERJA FITNAH PAS KPD ROSMAH
FITNAH BARU PAS TERHADAP ROSMAH ! PENIPUAN PAS DIBONGKAR !

PAS yang terkenal dengan kerja fitnah dan bohong telah mengerakkan perang persepsi terhadap Ds Rosmah apabila secara terang terangan menyerang kononnya beliau tidak sensitif terhadap pemakaian wanita Islam .

Kerja bangsat yang dilakukan oleh PAS bukan saja di blog blog dan Harakah,mereka turut merancang membuat tunjuk perasaan di masjid masjid untuk menyerang Rosmah dan keseluruhan UMNO pada amnya.

Inilah yang dikata dajal akhir zaman,dengan naluri sifat kebinatangan mereka sanggup melakukan apa saja demi menghalalkan matlamat.

Nasharuddin Tantawatitelah mengerakkan gerembolan kaki fitnah telah menyebarkan gambar di bawah untuk dijadikan modal menyerang Ds Rosmah.


Di bawah ini adalah gambar-gambar dari Islamic Fashion Festival yang diadakan di Jakarta pada 29 dan 30 Jun 2010. Tuan rumah yang bertanggungjawab ialah Indonesia.
Untuk gambar-gambar lain yang dianjurkan di Indonesia, lihat sini,sini, sini, sini, sini, sini, sini, dan sini.
Seterusnya, gambar-gambar dari Islamic Fashion Festival yang dianjurkan di Monte Carlo pada 9 Ogos 2010. Tuan rumah yang menguruskannya adalah Monaco. Jangan terlepas pandang, gambar yang dipolitikkan PAS berada di sini.
Gambar yang dianjurkan di Monaco ini diambil di sini.

Berikut pula
gambar-gambar Islamic Fashion Festival di Kuala Lumpur. Tuan rumah yang menguruskannya adalah Malaysia.



Barisan selebriti tempatan yang turut menjayakannya

Artis tempatan yang menjayakan persembahan.

Gambar-gambar penganjuran di Kuala Lumpur ini diambil dari laman web rasmi IFF di sini. Slaid berikut juga ada paparannya.
insaf la dari kerja2 fitnah niiii...bertaubat lah....

Jumaat, 1 Oktober 2010

sakit sikit jer..

Hari ini kita sering dengar hal yang menyentuh jiwa dan menderap ulir darah didada. Setiap hari kita di cubit sedikit demi sedikit. Rasa sakit yang geli itu yang menybabkan kita semakin galak di cubit. Kadang-kadang kita tampar tangan yang mencubit. Kadang-kadang kena dan kadang-kadang tersasar. Bila tersasar maka kita tertampar paha sendiri. Itu yang menyebabkan orang yang mencubit itu semakan galak.

Tetapi kita tidak sedar cubitan itu semakin sakit kerana kita sudah biasa di cubit dan kebas tertampar paha sendiri. Sudah jadi alah bias tegal biasa. Walaupun waktu itu hati kita semakin panas, darah semakin naik, tetapi orang jenis suka mengacau orang tidak endah. Mungkin perlu beri pengajaran. Orang tua yang sedang memerhati tidak menganbil peduli hal cubit-mencubit ini kerana menganggap hal remeh.

Kemungkinan akan berlaku adalah kita akan bertindak kasar membalas atau kita terus dicubit dan dikilas suatu hari nanti.

Jumaat, 13 Ogos 2010

Ali Imran 54

Aku masih keliru bila selalu orang berceramah ja baca ayat ni...sampai orang kafir pun baca ayat ni. Lepas tu ada pulak orang lebai pakai kepiah tepuk tangan bersorak bangga. dia paham ka??? yang aku hairan tu bila orang kafir ni terjemah ayat tu tak kena langsung tapi pak aji, pak lebai, pak mursyid, tak pulak marah. Yang aku tau orang ni sengaja mempermainkan ayat Al Quran.


(54) Orang-orang kafir itu membuat tipu daya, dan Allah membalas tipu daya mereka itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya.(Ali Imran 54)

وَمَكَرُوا وَمَكَرَ اللَّهُ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ ) 54)

Sesudah Allah menerangkan tentang kaum Hawariyyin maka dalam ayat ini Allah menerangkan sikap Bani Israel terhadap Isa as, mereka membuat tipu daya dan bermaksud membinasakannya dengan jalan melaporkan dan memfitnah Isa as kepada raja mereka. Tetapi Allah memperdayakan dan menggagalkan tipu daya mereka itu dan mereka tidak herhasil membunuhnya. Beliau diangkat ke langit oleh Allah SWT dan diganti dengan orang yang serupa dengan beliau. sehingga orang-orang yakin bahwa yang disalib itu adalah Isa. Tipu muslihat Allah mengatasi tipu muslihat mereka, dan menimpakan kesengsaraan kepada orang-orang kafir itu, tanpa mereka perkirakan. Rencana Tuhan yang tak diketahui oleh hambu-hamba Nya, sebenarnya adalah untuk menegakkan sunah Nya dan menyempumakan hikmah Nya.

Rabu, 28 Julai 2010

Pulau Indah........

Ramai orang terbayang-bayang satu pulau indah di tengah laut. Imiginasi ini menampakan keindahan yang sangat memukau pandangan dari jauh. Ada orang terbayang pulau indah ini dekat dari daratan yang sentiasa terlihat dengan mata. Ada pula yang hanya sayup-sayup penglihata dan ada yang tak nampak langsung.

Ada ramai orang yang bersusaha ke pulau itu. Ke pulau impian masing-masing. Ada yang jauh-ada yang dekat. Berbagai cerita dari orang dah telah sampai ke pulau indah itu.

Ada yang mengajak orang lain ke pulau dan ada yang melarang sinis. Ada yang menakut-nakutkan orang lain mungkin kerana benar-benar menakutkan atau ingin menikmati keindahan itu seorang diri. Ada yang sanggup menipu sahabat dan ada yang lupa diri bila sampai ke pulau indah itu sedangkan sahabat itu lah yang membuat sampan untuk dia ke sana.

Apa yang pasti,
  • sesuatu yang nampak indah tak semestinya cantik. Mungkin dari jauh pulai ini nampak indah dan menawan kalbu tapi hakikat adalah di sebaliknya separti "bunga dedap"
  • untuk sampai ke pulau ini kita perlu harungi gelora lautan yang tak pasti. Bak kata pepatah "kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga". Ada yang hanyut dilautan.
  • bila sampai di sana belum tentu boleh mendarat denagn selesa. Duri dan kerikiil menanti mungkin sebagai menyambut tetamu
  • bekalan untuk survive belum tahu dimana.
  • akhirnya....................
Sebanarnya mungkin kita sedang berada di Pulau indah itu. Cuma kita tidak sedar dan kita selalu ingin berubah. Kita tidak bersyukur dengan apa yang ada “Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.” (Surah Ibrahim, ayat 7).

Allah memberi nikmatnya melimpah ruah “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkan kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah an-Nahl, ayat 18)

Jumaat, 9 April 2010

Adh-Dhuha

Bismillah hirrahman nirrahim.....

Adh-Dhuha

[1]
Demi waktu dhuha,
[2]
Dan malam apabila ia sunyi-sepi -
[3]
(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).
[4]
Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.
[5]
Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati.
[6]
Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?
[7]
Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)?
[8]
Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?
[9]
Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,
[10]
Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;
[11]
Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

semoga jadi pedoman pada aku

Rabu, 17 Februari 2010

Lagi di tinggal, Lagi menjauh...

1. Lama aku tak post..bukan apa bz skit awai taun niii...new projek la macam-macam lagi. Kadang2 sampai tak dan nak ....... (sendiri mau ingat).

2. Dalam dua tiga bulan ni banyak isu yang kita dengar dan macam-macam yang dihebohkan kepada masyarakat sehingga masyarakat di bawah sana muak untuk mengabil tahu isu semasa di media cetak atau pun media elek..

3. Isu-isu yang timbul sebenarnya amat disukai oleh orang politik tapi sedarlah yang rakyat marhain tidak berminat dengan isu yang dimainkan oleh media alternatif ataupun media perdana.

4. Saya amat tertarik dengan isu yang di bawa oleh GPMS Kedah. Program yang dilakasanakan lebih bermakna untuk rakyat marhain.

5. Sebenarnya banyak lagi perkara yang perlu diketengahkan oleh individu yang perpolitik bukan sekadar untuk mempengaruhi rakyat dengan idealogy nya tetapi berilah sesuatu yang lebih bermakna keepada masyarakat......tolonglahhhhhh...jangan berpolitik siang malam...

6. Apa yang GPMS Kedah lakukan nampaknya mendapat "feedback" positif dari masyarakat Kedah.

7. Diharap ada lagi NGO lain yang akan bergerak kearah untuk membantu..


Isnin, 4 Januari 2010

New Year 2010


Hopefully this year is a wonderful year to us.
May every day of the year glow with good cheer & happiness.