Hari ini kita sering dengar hal yang menyentuh jiwa dan menderap ulir darah didada. Setiap hari kita di cubit sedikit demi sedikit. Rasa sakit yang geli itu yang menybabkan kita semakin galak di cubit. Kadang-kadang kita tampar tangan yang mencubit. Kadang-kadang kena dan kadang-kadang tersasar. Bila tersasar maka kita tertampar paha sendiri. Itu yang menyebabkan orang yang mencubit itu semakan galak.
Tetapi kita tidak sedar cubitan itu semakin sakit kerana kita sudah biasa di cubit dan kebas tertampar paha sendiri. Sudah jadi “alah bias tegal biasa”. Walaupun waktu itu hati kita semakin panas, darah semakin naik, tetapi orang jenis suka mengacau orang tidak endah. Mungkin perlu beri pengajaran. Orang tua yang sedang memerhati tidak menganbil peduli hal cubit-mencubit ini kerana menganggap hal remeh.
Kemungkinan akan berlaku adalah kita akan bertindak kasar membalas atau kita terus dicubit dan dikilas suatu hari nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan