Jumaat, 31 Oktober 2008

Melatah..

Salam,

Di penghujung syawal ni kita dikejutkan dengan banyak berita yang boleh kita naik angin. Kadang-kadang kita jadi marah tak tau hujung pangkal. Ada diantara kita orang-orang melayu melompat dah nak tunjuk perangai orang Melayu yang mudah melatah. Antara isu yang menarik perhatian saya:

1. isu debat.. KJ nak debat DMM tak mau, DSKT tengok dulu.. Bagi saya baik tak payah dengan alasan, kita akan membuka kelemahan dalaman kita yang dah lemah ni. Buat apa nak buka pekong di dada. Jangan lagi kita membogelkan yang dah memang nak kena bogel dah. Baguih jugak debat kerana boleh dinilai kelemahan oleh pembangkang. PRU13 kita tak payah kempen kerana dah sah kalah semua. Ramai la orang melatah kerana anak menantu dia nak cabar orang debat tengok sapa pandai cakap. Kawan-kawan yang “SETIAKAWAN” pun melompat lompat gumbira.

2. isu 30%.. Dah lama dah kita tau orang Melayu tak sampai 30%, 20% pun kira gagah dah. Tapi tiada tindakan yang berkesan untuk meningkat kan ikuiti tu pun. Mungkin juga ada usaha tapi ibarat “bawa air dalam badang”. Tiris merata tempat. Dalam isu ini orang melayu ramai yang belum boleh berdikari. Mereka ini masih perlu ada mentor atau pembimbing. Semua pemimpin Melayu tahu dimana masalah ini. Tapi oleh kerana tembolok yang tak penuh-penuh menyebabkan ada yang makan tak kunyah kerana ada lagi lauk boleh dimakan.

3. Isu Mr Lai.. Melalak. Kenapa dia tak hapuskan Bahasa Manderin yang di wajib kan bila nak mintak keja kat Com swasta. Kenapa gaji Engineer Melayu lebih rendah dari Engineer Cina. Waima executive, supervisor atau Leader. Mintak Mr Lai telus dalam hal ini sebelum melalak. Berapa ramai Engineer Melayu yang bekerja dengan gaji standard syarikat swasta milik orang Cina. Gaji minimum harus diperjuangkan. Bayangkan gaji operator di Sungai Petani hanya RM300.00. Mengapa Mr Lai ini tidak memperjuankan isu ini? Adakah bila gaji minimum dilaksanakan Ikuiti orang melayu akan meningkat. Mr Lai cuba menjolok sarang tebuan. Itu pun ada orang Melayu melatah lagi. Jangan sampai semua orang melatah tak pi kerja sebulan. Boleh tutup kilang.

4. isu Zakat... Ada Exco Selangor nak bagi duit zakat kepada orang bukan Islam. Yang mencadangkan adalah PKR di kalangan orang Islam jugak. Inilah pemikiran Liberal dan Orentalis yang telah diserap orang Ketua PKR. Dah lah 30% pun tak sampai, nak agih pulak kat depa. Berapa billion duit zakat yang kita ada. Dah tak dak dah ka orang miskin kat Selangor tu. Jangan duit zakat buat bela BABI sudah laa. Tapi dalam isu ini tiada pula wakil PAS mempertahankan Islam. Mungkin PAS hari ini juga orentalis. Tak pula orang PAS melatah.

Ini baru 4 isu. Yang lain berlambak-lambak lagi. Mengapa banyak isu sekarang ni. Ini lah harga yang perlu dibayar apabila UMNO lemah yang mencerminkan lemahnya umat Melayu. Kelamahan UMNO diterjemah kan pada PRU12 lalu namun masih ada yang tidak sedar diri dan buat-buat bodoh dengan petanda yang nyata dan jelas. Kelamah UMNO berpunca dari kelemahan kepimpinan, pentadbiran, dan perlaksanaan dari semua peringkat.

Wanbaki / SP

Jumaat, 24 Oktober 2008

Keraguan Yang Nyata

Dalam kita berusaha untuk memperkasa kan UMNO masih ada tangan-tangan ghaib yang merobek kepercayaan ahli. Adakan mereka ini yang merosakan UMNO atau mereka ini kan yang memperjuangkan ketelusan..? Apakah mereka memperjuangkan hak mereka atau memperjuangkan hak perwakilan yang mengundi..? Anda yang menilai.....


Mereka berani untuk berubah, namun ada yang mengeji dan menggelar mereka ini sebagai "anasir jahat" . Pejuang Keiklasan yang melompat mengutuk dan menghina dengan tindakan untuk membela hak pengundi sebagai tindakan paling hina. Dimanakah Keiklasan itu..? Apakah hina perwakilan menuntut hak mereka apabila menuntut ketelusan..? Siapa yang rugi sekiranya lebih 150 orang ketua pemuda dan cawangan dan perwakilan yang menuntut hak mereka ini keluar dari UMNO kerana hak mereka dinafikan????????... Benarkah mereka yang menang atas undian yang kiraan undi itu meragukan dipilih oleh perwakilan.....atau dirancang untuk menang...... wallahhuaklam.......



So bad....




Sibuk sikit

~Salam syawal.. sudah lama tidak menaip dalam blog ni. Sibuk dengan keja selepas cuti raya dan sibuk dengan pemilihan Pemuda UMNO Bahagian Baling.

~Berbagai peristiwa berlaku semasa mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Baling pada 18/10 baru baru ni. Aku ni tak terlibat secara langsung kerana tiada pemuda cawangan. Jadi banyak lah isu yang aku tau bila aku ikut serta beberapa orang yang juga menawarkan diri untuk bertanding AJK, Naib Ketua, dan Ketua.

~Tapi yang paling menarik bila ada perwakilan cawangan sanggup tunggu calon-calon ni walaupun dah pukui 3 pagi. Aku pun naik heran...

~Sepak-menyepak tepat menguntungkan perwakilan. Baguih jugak kadang-kadang tu. Perwakilan keja kampung gaji hari ja. Hari mesyuarat tak keja. Bleh skit habuan minyak keta ok la kot. Masa ni lah ada yang nak bagi zakat kira baguih la.

~Perwakilan sekarang ni semakin bijak..... bagi ambik..undi tetap yang dia suka....

~Ada calon memperjuangkan Setiakawan, ada yang perjuangkan Keiklasan, ada yang memperjuangkan Ketelusan, dan macam macam hendak diperjuangkan.

~Namun kita semua lupa untuk memperjuangkan hak diri kita sendiri.

~Apa pun Alhamdulillah... Dato' Mukhriz di calonkan untuk ketua Pemuda...

* Aku senyum ja bila baca METRO 23/10 tajuk " WUJUD PENIPUAN ".... Gegar Kuala Ketil BEB......

Isnin, 6 Oktober 2008

Pagi Itu Sepi

Pagi itu sepi
Masih sepi walau fajar sidiq meninggi
Seperti tiada maya aidilfitri
Yang selalu riuh mencari sesuatu
Yang selalu riuh berderam air di pancur
Yang selalu riuh berincut iri hati
Yang selalu riuh berebut kersang
Yang selalu riuh rendah
Pagi itu tiada lagi

Pagi itu sepi
Seperti hilang maya aidilfitri
Abah ditangga beranda
Ambong dijendela
Adik-adik tak lagi bergurau-senda
Tok sepi tak bersuara
Tak seperti selalu dipagi aidilfitri
Riuh senduk menari
Menanti kami manjadi juri
Rendang ketupat lemang teratur rapi
Menjadi juadah di aidilfitri
Pagi itu tiada lagi

Pagi itu sepi
Bukan tiada lagi aidilfitri
Setalah 17hb ramadhan
Tiada lagi penyeri hidup kami
Tiada lagi leteran pagi ke malam
Tiada lagi suruhan menutup tv
Tiada lagi arahan tidur awal
Tiada lagi amaran kelaku baik
Tiada lagi ajakan ke tarawih
Tiada lagi gurauan tersalah bahasa
Tiada lagi segala-gala darinya...

Pagi itu sepi
Sepi di aidilfitri
Setalah salam
Sempat ku tadahkan tangan
"Ya Allah, ampunkan dosa-dosa ibuku
Kasihanilah dia seperti dia mengasihiku
Kau tempatkanlah dia di tempat para solehin"


Mohamad Ridzuan bin Hashim Baki...
Lahar Parang
2hb syawal 1429 (2/10/2008)

*Untuk adik-adik jangan lah terlalu bersedih. Yang pergi takkan kembali. Ingat pesan arwah mak. Jaga tingkah laku, belajar bersungguh-sungguh, jadi orangyang berguna kepada agama bangsa dan negara.
Ambong - semoga dapat Dig. & jadi animator yang "boom"
Yang - you are older sis... be strong like mak
Yah - prepare youself for exem.
Cik - semoga dapat Dig. & open ????? tah janji "gempak"
Abang - cont. your dip. & jangan terlalu ikut kawan
Cham - you have talent.... design yourself as you like design couse...
Nadia - kami masih ada... buktikan...