Jumaat, 31 Oktober 2008

Melatah..

Salam,

Di penghujung syawal ni kita dikejutkan dengan banyak berita yang boleh kita naik angin. Kadang-kadang kita jadi marah tak tau hujung pangkal. Ada diantara kita orang-orang melayu melompat dah nak tunjuk perangai orang Melayu yang mudah melatah. Antara isu yang menarik perhatian saya:

1. isu debat.. KJ nak debat DMM tak mau, DSKT tengok dulu.. Bagi saya baik tak payah dengan alasan, kita akan membuka kelemahan dalaman kita yang dah lemah ni. Buat apa nak buka pekong di dada. Jangan lagi kita membogelkan yang dah memang nak kena bogel dah. Baguih jugak debat kerana boleh dinilai kelemahan oleh pembangkang. PRU13 kita tak payah kempen kerana dah sah kalah semua. Ramai la orang melatah kerana anak menantu dia nak cabar orang debat tengok sapa pandai cakap. Kawan-kawan yang “SETIAKAWAN” pun melompat lompat gumbira.

2. isu 30%.. Dah lama dah kita tau orang Melayu tak sampai 30%, 20% pun kira gagah dah. Tapi tiada tindakan yang berkesan untuk meningkat kan ikuiti tu pun. Mungkin juga ada usaha tapi ibarat “bawa air dalam badang”. Tiris merata tempat. Dalam isu ini orang melayu ramai yang belum boleh berdikari. Mereka ini masih perlu ada mentor atau pembimbing. Semua pemimpin Melayu tahu dimana masalah ini. Tapi oleh kerana tembolok yang tak penuh-penuh menyebabkan ada yang makan tak kunyah kerana ada lagi lauk boleh dimakan.

3. Isu Mr Lai.. Melalak. Kenapa dia tak hapuskan Bahasa Manderin yang di wajib kan bila nak mintak keja kat Com swasta. Kenapa gaji Engineer Melayu lebih rendah dari Engineer Cina. Waima executive, supervisor atau Leader. Mintak Mr Lai telus dalam hal ini sebelum melalak. Berapa ramai Engineer Melayu yang bekerja dengan gaji standard syarikat swasta milik orang Cina. Gaji minimum harus diperjuangkan. Bayangkan gaji operator di Sungai Petani hanya RM300.00. Mengapa Mr Lai ini tidak memperjuankan isu ini? Adakah bila gaji minimum dilaksanakan Ikuiti orang melayu akan meningkat. Mr Lai cuba menjolok sarang tebuan. Itu pun ada orang Melayu melatah lagi. Jangan sampai semua orang melatah tak pi kerja sebulan. Boleh tutup kilang.

4. isu Zakat... Ada Exco Selangor nak bagi duit zakat kepada orang bukan Islam. Yang mencadangkan adalah PKR di kalangan orang Islam jugak. Inilah pemikiran Liberal dan Orentalis yang telah diserap orang Ketua PKR. Dah lah 30% pun tak sampai, nak agih pulak kat depa. Berapa billion duit zakat yang kita ada. Dah tak dak dah ka orang miskin kat Selangor tu. Jangan duit zakat buat bela BABI sudah laa. Tapi dalam isu ini tiada pula wakil PAS mempertahankan Islam. Mungkin PAS hari ini juga orentalis. Tak pula orang PAS melatah.

Ini baru 4 isu. Yang lain berlambak-lambak lagi. Mengapa banyak isu sekarang ni. Ini lah harga yang perlu dibayar apabila UMNO lemah yang mencerminkan lemahnya umat Melayu. Kelamahan UMNO diterjemah kan pada PRU12 lalu namun masih ada yang tidak sedar diri dan buat-buat bodoh dengan petanda yang nyata dan jelas. Kelamah UMNO berpunca dari kelemahan kepimpinan, pentadbiran, dan perlaksanaan dari semua peringkat.

Wanbaki / SP

Tiada ulasan: