Jumaat, 24 Oktober 2008

Sibuk sikit

~Salam syawal.. sudah lama tidak menaip dalam blog ni. Sibuk dengan keja selepas cuti raya dan sibuk dengan pemilihan Pemuda UMNO Bahagian Baling.

~Berbagai peristiwa berlaku semasa mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Baling pada 18/10 baru baru ni. Aku ni tak terlibat secara langsung kerana tiada pemuda cawangan. Jadi banyak lah isu yang aku tau bila aku ikut serta beberapa orang yang juga menawarkan diri untuk bertanding AJK, Naib Ketua, dan Ketua.

~Tapi yang paling menarik bila ada perwakilan cawangan sanggup tunggu calon-calon ni walaupun dah pukui 3 pagi. Aku pun naik heran...

~Sepak-menyepak tepat menguntungkan perwakilan. Baguih jugak kadang-kadang tu. Perwakilan keja kampung gaji hari ja. Hari mesyuarat tak keja. Bleh skit habuan minyak keta ok la kot. Masa ni lah ada yang nak bagi zakat kira baguih la.

~Perwakilan sekarang ni semakin bijak..... bagi ambik..undi tetap yang dia suka....

~Ada calon memperjuangkan Setiakawan, ada yang perjuangkan Keiklasan, ada yang memperjuangkan Ketelusan, dan macam macam hendak diperjuangkan.

~Namun kita semua lupa untuk memperjuangkan hak diri kita sendiri.

~Apa pun Alhamdulillah... Dato' Mukhriz di calonkan untuk ketua Pemuda...

* Aku senyum ja bila baca METRO 23/10 tajuk " WUJUD PENIPUAN ".... Gegar Kuala Ketil BEB......

Tiada ulasan: