Rabu, 1 April 2009

Bukit Selambau

Salam,
1. Lama tak menulis pasal tak sempat nak tulis Cuma dank omen orang ja.

2. Liga kuala ketil tengah dok bejalan, jadi kerja-kerja penyusunan liga masih perlu di uruskan. Tapi sekarang ni agak kurang sikit bila dah masuk perlawanan kedua dalam pusingan pertama. Ada pasukan yang dah layak ke pusingan kalah mati.

3. La ni malam malam dok pi kawat, ronda-ronda kot Bukit Selambau tinjau-tinjau, risik-risik potensi calon yang bertanding. 15 orang calon dah kira rekod donnia dah. Pengundi dok penin nak pilih sapa.

4. Dalam dok risik-risik pengundi macam-macam cerita keluaq dari mulut depa.

5. Semalam saya ada di Kg Perak, dengaq ceramah oleh YB Ust Shahabudin Yahya orang kuat Majlis Agama Islam Pulau Pinang yang di pecat oleh DAP. Tapi dengan kuasa Allah dia di lantik semula oleh Yang DiPertuan Agong.

6. Dalam ceramah banyak isu yang di kupas dan bagi tau kat penduduk Kg Perak.

7. PAS pun buat ceramah bersebelahan Dewan UMNO tu jugak hanya dipisahkan oleh surau. Yang heranya pasai pa PAS pun nak buat ceramah kat situ jugak. Bila BN jemput orang kg dan bagi tau ada ceramah BN di Dewan Umno tu yang depa pun punya kalut cari penceramah untuk bantai BN balik. Apajadahnya PAS ni buat keja nak bagi orang sakit ati. Saya ada tanya SB yang ada di situ, samaada PAS ada permit dak buat ceramah d situ. Jawapannya, sapa pun boleh agak dah.

8. Bila saya dengaq cerita dari Bukit Gantang pasal Nizar nak jadi IMAM di majlis yang BN buat, saya dah boleh jangka yang perangai orang PAS ni sama dengan di Bukit Selambau.

9. Diantara modai ceramah PAS adalah
• Kes rasuah: dimana KJ yakni KP UMNO merupakan perasuah yang dimuliakan oleh orang UMNO sendiri. Setalah dia didapati bersalah terlibat dalam politik wang dan diberi amaran (hukuman) namun orang UMNO masih mengangkat darjat perasuah menjadi Ketua. “AWAS PERASUAH SUDAH DATANG”menjadi banner dan porter PKR dan pembangkang.
• Kes Bahasa: dimana kes Bahasa inggeris ini masih boleh di jual. Mnejadi mdai katanya UMNO tidak memperjuangkan bahasa melayu sebaliknya bermegah-megah untuk menggunakan bahasa penjajah. UMNO juga tidak mengendahkan tuntutan dari pejuang Bahasa Melayu.
• Kes Negara Pasir Dua Butir: dimana katanya kerajan BN tidak sah di Perak. Dengan bangganya PAS yang gila talak menuduh yang BN sebagai perampas hak rakyat bila membuat rampasan kuasa dengan penggunakan kuasa Sultan ( Daulat Tuanku)
• Kes Derhaka: dimana penderhakaan yang UMNO lakukan lebih buruk bila Tun M menjadi PM bila menbuang imuniti Raja-Raja Melayu. UMNO juga telah menderhaka bila Mad Said di lantik jadi MB. Begitu juga di Perlis.

10. Sebenarnya Kesemua kes yang menjadi isu ini adalah isu yang di cipta sendiri oleh UMNO, BN. Bukan UMNO BN tidak boleh mengakis serangan. Pada saya hanya kes rasuah politik yang menjadi duri dalam daging, api dalam sekam, guntung dalam lipatan.

11. Bisik-bisik orang muda mula tanya “mana si KJ yang diagongkan oleh 304 perwakilan tu.? Tak mai kempen pasai tak dak yang masyuk ka? Pasaipa biaq jetera di pimpin NKP ja? Dia kena siasat ka? Dia tak mai pasai takut BN kalah lagi ka? Dia kebai sangat ka sampai tak boleh hokum dia? Pasai pa UMNO dok bayak bangkai bewak ataih belakan?

12. Maluuuuuuuu……Muka Pemuda UMNO dah tebai macam kulit babi bila Pemuda PAS tanya. Mati akai. Tak dak jawapan. Mula nak naik angin. Kalau nak bertumbuk pun UMNO bukan nak tolong Depa akan kata “hang dok p cari pasai pa dengan depa”….

13. Pagi tadi tengah dok minum, sorang kawan OKU (orang kuat UMNO) dok sembang-sembang dengan OAP (orang atas pagaq) di meja sebelah. OAP tanya soma salah OKU bleh jawab Cuma satu soklan tu ja. Aku paling tengok dia terkedu. Jawapan dia “ Bukan kami pilih, 304 tu yang pilih”Soklah seterusnya “304 tu orang UMNO, bgi menang baghal tu, kira mejoriti, menunjukkan mejoriti UMNO suka KP hangpa. Hangpa toksah dok naafi la, Dia menang pasai orang yang wakil hangpa soma ni pilih dia. Makna nya hangpa pilih wakil KP, NKP dan G2 bahagian Baling yang nak sokong dia, sama dengan hangpa pilih dia.” (kena telentang)

14. Tak kan kita nak p celah depa dok sembang kata 304 terima rasuah, kita bukan ada bukti. Tak mau la pi tambah kuah. Biaq “roti banjir kari” saja dah la.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mai kita orang UMNO Bukit Selambau sama-sama sokong calon bebas
Mejar (B) Hj.Anuar Abd Hamid beliau adalah
AJK UMNO Bahagian Merbok dan Ketua Cawangan UMNO Jalan Badlishah. Apa guna kita sokong calon MIC yang membela Samy Vellu.
Majoriti penduduk Bukit Selambau adalah Melayu. Jika kita bersatu insyaallah Mejar (B) Hj.Anuar Abd Hamid akan menang.
Apa guna kita heboh perjuangkan Melayu sekiranya perkara sekecil ini kata tak mampu fikirkan!
Fikir-fikirkan lah..

Mohd Radzian berkata...

Kes Negara Pasir Dua Butir jadi isu gak ke kuang..kuang kuang..

jebbat berkata...

Wahai saudaraku, wahai kaum Muslimin,
Di atas kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah.

Saya sebagai hamba Allah menyampaikan seruan Allah dan RasulNya.

“Bukanlah dari kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah” [HR Abu Daud].

Wahai saudaraku, wahai kaum Muslimin,
Kembalilah ke jalan Islam dan memperjuangkan Islam bukan atas dasar memperjuangkan Assabiyah iaitu bangsa kerana Rasulullah SAW tidak mengaku akan umatnya yang memperjuangkan assabiyah…

Rasulullah SAW telah mengkabarkannya kepada seluruh manusia bahawa bukanlah dari umat Muhammad jika mereka memperjuangkan bangsa.

Adakah kita hanya mengamalkan ajaran Islam separuh masa dan separuh lagi kita meninggalkannya...???

Allah SWB berfirman :

" Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu " (Al-Baqarah(2):208)

Bersatulah saudaraku dengan kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah…!!!
Bersatulah kita di bawah panji kebesaran Islam…!!!

Ingatlah wahai saudaraku...

Sekecil kecil dan sebesar-besar amalan di dunia akan di hitung di akhirat kelak.

MAMPUKAH KITA MENJAWABNYA NANTI APABILA KITA BERDEPAN DENGAN ALLAH SWT...???

Ya Allah, aku telah jalankan perintahmu…

Anak Pantai Merdeka berkata...

Salam Wanbaki,

Kerana 304, Pemuda tercemar seluroh pelusok tanahair. Hari Tun Mahathir turun berkempen, moga ada perubahan.