Isnin, 4 Ogos 2008

Kouta, oh Kota

Dalam menghadapi pemilihan kali ini yang mungkin boleh diibarat kan paling dahsyat sejak UMNO ditubuh kan, pelbagai setuasi dan spekulasi yang tesebar di seluruh peringkat. Namun yang pasti golongan pertengahan sekali lagi menjadi penetu kepada kejayaan calon yang bertanding di peringkat cawangan, bahagian mahupun kebangsaan. Saya masih ingat Pemilihan 2004 kerana masa itu saya juga menawarkan diri untuk bertanding AJK Pemuda Umno Bahagian Baling. Saya ketika itu baru berumur 23 tahun. Tahun ini sekali lagi saya ingin mencuba….


Di bahagian Baling, 3 orang calong Ketua Pemuda Bahagian telah “ lepas pencalonan”. Pertandingan 3 penjuru yang mungkin hanya menjadi 2 penjuru di saat saat akhir. Namun masa yang masih panjang akan menentukan. Mungkin pertemuan 2 pihak “Medan Selera Baling” menjadikan satu pihak “panas”. Selepas itu “Declarasi Bukit Sembilan” mungkin menjadi titik tolak kepada kaitan perjanjian sokongan dari pihak yang mendapat pencalonan paling rendah.

Sebelum ini pemuda cawangan di “kepung” oleh kumpulan yang ingin bertanding tatkala itu pencalonan belum mencukupi. Ketua Pemuda lebih baik offkan HP kerana risik2 tarihk mesyuarat pemuda cawangan tersebut. Ada pihak yang ngaturkan pertangdingan agar pencalonan memihak kepada mereka.

Ada diantara cawangan yang telah diataur agar ketua yang baru dilantik akan memberi undi kepata pihak yang mengataurkan mesyuarat. Ini mungkin menjadi budaya bila setiap kali pemilihan. “kerja” tidak bertanggungjawab inlah yang merosakkan Pemuda dicawangan. Ini kerana ada pihak yang mengaturkan pertandingan sebenarnya tidak mempedulikan kesan buruk yang akan dihadapi oleh cawangan tersebut. Mungkin ketua pemuda cawangan yang hendak disingkirkan itu lebih “talent” dan mungkin yang dicadangkan untuk menumbangkan current Ketua hanya inginkan habuan yang dijanjikan…( semestinya)….
Kini bagai sudah lengang. Ketua pemuda cawangan pulak call penyelaras…terbalik.. Mengapa? Kerana calon-calon Ketua Pemuda, Naib Ketua Pemuda sudah CUKUP PENCALONAN. Inilah sikap pemimpin pelapis UMNO yang ada sekarang

1 ulasan:

Muzamir Hj Ismail berkata...

Sdr Wan,

Perosak perosak pergerakan pemuda makin ramai setiap hari.Haruslah kita sentiasa berwaspada demi kepentingan umno dan perjuangan berlandaskan Agama bangsa dan tanahair.

KP Cawangan Taman Sri Kota
Bahagian Taiping