Isnin, 25 Ogos 2008

Aduhaiiii...Permatang Pauh...

Aduhaii. Letih rasa bila aku ronda-ronda di Permatang Pauh semalam. Kereta banyak, motosikal pun banyak. Aku dengan 4 lagi kawan masuk ikut Permatang Pasir dari Kepala Batas. Sampai di bilik Gerakan Utama PKR aku dan kawan-kawan berhanti untuk berjumpa seorang lagi kawan yang dulu merupakan orang kuat Keadilan yang juga Ketua Pemuda Keadilan Kedah. Sempat gak mengeteh dulu secawan di kedai depan Bilik Gerakan PKR tersebut.

Dalam masa kami sembang2 politik tu ada lebih kurang 20 buah motosikal yang rata2 remaja melayu mengibarkan bendera DAP sambil menyebarkan risalah. Aku usha la tengok risalah apa? Nahhhh… KABINET RAKYAT…. Sambil tersembul keluar dari mulut orang PKR di situ “haram jadah betoi, ni keja umno la nii “ aku nek penin dengan apa yang dia kata. Dalam hati aku “ maki buat apa..itu yang PKR nak kan?..

Aku nek kete sambil follow kawan aku teruih ke Bilik Gerakan pemuda. Cam tak best ja. Jadi aku pun ke Tun Sardun. Di pertengahan jalan aku berenti dengar Dato’ Nala Karuppan dok bersyarah. Lepaih tu Pegawai Agama Islam Pulau Pinang pulak yang memperincikan sumpah Saiful tempoh hari. Beliau ada lah lulusan dalam bidang Syariah. Aku masih simpan rakaman syarahan itu tapi tak sempat abih pasal nak ke Tun Sardun.

Bila sampai sana aku dan la jugak jumpa dan bersalam ngan wakil calon BN Dato’ Afirr Shah. Masa aku sampai dia tengah dok ceramah. Memang ada creadibiliti. Lepaih tu naik la PM de facto menedahkan yang Dato Nalla mengaku memberi RM60 juta duit MAGNUM. Perhhhhh… tapi aku tetap menyampah ngan dia ni. Apasal la dia ni tak sedar yang penolakan sebilangan pengundi pada PRU12 adalah disebabkan dial ah. Walaupun bukan 30% atau 40% daripada penyebab tapi ada kesan daripada penolakan UMNO akar umbi kepadanya. Adakah kerja kuat beliau di Permatang Pauh ini ada kaitan dengan Calon ketua Pemuda UMNO.

Pagi tadi sempat aku berbual dengan kawan aku. Dia ni kalau rebuih masak rejam pun PAS gak. Ini perbualan ayang aku ingat.

AKU: awat hang tak pi Pernatang pauh?

MEMBER TU: Nak bagi BN menang..

AKU : susah nak menang….

MEMBER TU: PAS tolong skit CINA sikit INDIA skit…bleh ehhh…

AKU : tak boleh ehhh… pasai pa yang PAS tak turun lagi. Aku tengok PKR jaw at keja.. tak dapat FISABILLAH ka…

MEMBER TU: Kalau nik aziz turun aku turun la…

AKU : nih…Anuar nak sumpah depan nik aziz malam ni…

MEMBER TU: betoi ka…aku tak dengaq pa pun…mana ada…kalau ada pa pa depa deh sms aku dah… tang mana depa nak buat…

AKU: aku mana nak tau …aku yang kena Tanya hang bab tu…

MEMBER TU: berani ka dia ni..hehehe..aku tak harap langsung… huh anuar…jenih lepaih tersepit tokak balik tu… dulu Mahadet, paih tu Pak Lah, la ni dok nampak macam Hadi Awang pulak nak kena tokak…

Tak dan nak sembang panjang pasai nak masuk keja dahhhh..





* tak tau plak aku kalau PAS sembunyikan sesuatu, mungkin masalah rumah tangga boleh dok jaja sana sini……… depan hakim syar’e bleh laaa … hehheheheh

Tiada ulasan: