Selasa, 9 September 2008

Berubah la kalau berani...



Salam Perubahan.

Dato’ Mukhriz telah menawarkan diri untuk dicalonkan sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia dengan rasminya pada 06/09/2008 di pondok Maharizan. Separti yang disebut oleh pengerusi majlis di petang itu dimana di pondok Maharizan itulah Malay Dilemma dihasilkan. Dan hari ini Dato’ Mukhriz mengumumkan kesediaan beliau untuk bertanding Ketua Pemuda Umno Malaysia dengan satu moto yang dianggap kena pada masa nya “ BERANI BERUBAH”.

Bagi saya ini adalah satu tindakan yang wajar dimana beliau menawarkan diri secara terbuka. Dalam ketika ini masih ada yang berminat untuk menawarkan diri tapi masih “wait and see”. Namun ada yang sudah turun ke Johor empat lima kali. Ada yang mula melangkah tapi secara senyap. Mungkin takut ataupun mengatur stratigi. Walau bagaimana pun saya percaya ramai yang menunggu penggunguman pemawaran diri dari Khairi Jamaluddin yang disebut-sebut untuk menggantikan Dato Seri Hishamudin.

Dengan penawaran oleh Dato’ Mukhriz itu bertepatan dengan moto yang ingin di bawa “BERANI BERUBAH”. Ya, memang benar kita perlu berubah. Dan perubahan yang kita lakukan hemdaklah berkesan. Bukan perubahan yang kita akan lakukan hanya bersifat sementara memberi “side effect” yang lain pula.

Umno ketika ini mengalami krisis keyakinan kepimpinan (dulu tak pernah dengar perkataan ni pun) perlukan PERUBAHAN a.k.a anjakan. Namun perubahan yang hendak dilakukan memerlukan KEBERANIAN. Tentulah kekuatan diperlukan untuk manjadi berani.

Kita semua tahu yang Allah tidak akan mengubah nasib kita selagi kita tidak mengubah nasib kita sendiri. Benar kata Dato’ Mukhriz

“ Jangan mengharapkan keramat UMNO itu memulihkan UMNO. Kerana UMNO tidak akan pulih dengan sendirinya. Maka dengan ini kita lah yang wajib memulihkan UMNO.”

Saya juga tertarik dengan kata-kata Dato’Zahidi

“Pilih pimpinan ibarat memilih makanan yang halalan lagi toyiban. Pemimpin pula jika mahu bertarung, bertarung seperti anak jantan, jangan berteduh di bawah ketiak sang penguasa. Jangan diraih naungan Pak Mertua. Barulah anak jantan namanya..”

1 ulasan:

perfectwater75 berkata...

Salam!

Benarkah Mukhriz ini anak yang berani berubah? Mengapa gertak kucing beliau untuk melatakkan jawatan kalau Pak Lah tidak mahu letak jawatan tak diteruskan? Kenapa apabila bapanya yang disebut sebagai negarawan ulung keluar dari UMNO dia memberikan kenyataan yang seolah-olah melindungi tindakannya untuk tidak ikut serta..Mana keberanian yang dicanangkan kalau setakat gertak saja, itu mainan politik muahan yang biasa kita dengar sedari dulu...

mohon penjelasan tuan...

thx!