Khamis, 11 September 2008

Siapa duri , siapa selumbar.

Aku pasti ramai yang masih keliru dengan isu Datok Ahmad Ismail dan TS KTK ni.

Ada pihak yang menganggap Datok Ahmad Ismail sebagai hero yang mempertahankan ucapan beliau yang dianggap maruah melayu akan tercemar sekiranya beliau memohon maaf. Beliau mengaku tidak bersalah dan bersedia menanggung risiko.

Ada pihak yang mengganggap Daduk Ahmad Ismail adalah orang suruhan kepada DSAI. Apabila isu perkauman ini di perbesarkan oleh ulat-ulat pengorek buah maka akan tercetus ketidak puasan hati di kalangan orang cina terutamanya TS KTK dan GERAKAN. Ini terjadi setelah tercabar oleh kata-kata Datok Ahmad sendiri yang menggesa GERAKAN supaya keluar dari BN. Gesaan ini menampakkan reality jalan cerita “duri dalam daging”UMNO ini. Apabila 16-09 semakain hampir tetapi 30 ekor katak belum mencukupi maka jalan songgang yang boleh merosakkan perpaduan yang sekian lama ini diambil. Malah pihak ini masih mempertikai kekayaan, kawan lama, kedudukan dan berbagai isu.

Yang pasti Datuk Ahmad sudah membuat penjelasan yang dia tidak akan minta maaf dan menerangkan isu yang timbul yang menyebabkan kekeruhan ketika ini. Kini beliau digantung keahlian UMNO selama 3 tahun.

Yang pasti penulis, penerbit, akbar yang memperbasarkan dan men”spin”kan isu ini masih bebas. Malah pemimpin tertinggi UMNO tidak berkeras sedikit pun untuk meminta penjelasan dari pihak ini. Disini kita sudah nampak yang kepimpinan UMNO lemah dalam mencari sesuatu kebenaran. Sin Chew Daily hanya membatu sehingga hari ini. Sepatutnya hukuman juga terarah kepada Sin Chew kerana sengaja menerbitkan laporan berbau perkauman. Sah lah “spin” bertukar menjadi “tai Chi”.

Yang pasti orang cina tersenyum malah meminta lebih hukuman keatas Datuk Ahmad kerana beliau mempertahankan “ maruah melayu vs agenda sulit DSAI”. Datuk Ahmad menerima dengan hati yang terbuka malah akan terus berjuang di dalam UMNO. Musuhnya senyum dan ketawa bila “hidung tak mancung pipi tersorong sorong”.

Yang pasti menjadi mangsa adalah orang UMNO. Sekiranya Datuk Ahmad mempertahankan “maruah melayu” maka UMNO, PAS, 1/3 PKR akan turut menyokong. Tetapi mengapa hanya ½ UMNO sahaja yang menganggap wira. Di mana ½ lagi. Di man melayu PAS dan 1/3 PKR. Munggin mereka tidak melayu lagi???

Yang pasti Datuk Ahmad telah membuka pekong TS KTK. Dan hari ini GERAKAN hanya akan MENGKAJI kedudukan mereka dalam BN. Apa makna ini semua? Apakah kita orang melayu dan cina menonton wayang kulit dari tok dalang yang bernam Anwar.

Yang pasti ramai yang tidak pasti siapa duri dan siapa selumbar.

http://wanbaki.blogspot.com/

Tiada ulasan: