Jumaat, 9 April 2010

Adh-Dhuha

Bismillah hirrahman nirrahim.....

Adh-Dhuha

[1]
Demi waktu dhuha,
[2]
Dan malam apabila ia sunyi-sepi -
[3]
(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).
[4]
Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.
[5]
Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati.
[6]
Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?
[7]
Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)?
[8]
Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?
[9]
Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,
[10]
Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;
[11]
Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

semoga jadi pedoman pada aku

Rabu, 17 Februari 2010

Lagi di tinggal, Lagi menjauh...

1. Lama aku tak post..bukan apa bz skit awai taun niii...new projek la macam-macam lagi. Kadang2 sampai tak dan nak ....... (sendiri mau ingat).

2. Dalam dua tiga bulan ni banyak isu yang kita dengar dan macam-macam yang dihebohkan kepada masyarakat sehingga masyarakat di bawah sana muak untuk mengabil tahu isu semasa di media cetak atau pun media elek..

3. Isu-isu yang timbul sebenarnya amat disukai oleh orang politik tapi sedarlah yang rakyat marhain tidak berminat dengan isu yang dimainkan oleh media alternatif ataupun media perdana.

4. Saya amat tertarik dengan isu yang di bawa oleh GPMS Kedah. Program yang dilakasanakan lebih bermakna untuk rakyat marhain.

5. Sebenarnya banyak lagi perkara yang perlu diketengahkan oleh individu yang perpolitik bukan sekadar untuk mempengaruhi rakyat dengan idealogy nya tetapi berilah sesuatu yang lebih bermakna keepada masyarakat......tolonglahhhhhh...jangan berpolitik siang malam...

6. Apa yang GPMS Kedah lakukan nampaknya mendapat "feedback" positif dari masyarakat Kedah.

7. Diharap ada lagi NGO lain yang akan bergerak kearah untuk membantu..


Isnin, 4 Januari 2010

New Year 2010


Hopefully this year is a wonderful year to us.
May every day of the year glow with good cheer & happiness.

Khamis, 29 Oktober 2009

UNTUK SAPA NI????

1. Aku dok pike lagi diatara hilang kepercayaan, hilang keyakinan asal jangan hilang pedoman. Masalah kalau lari lagi la banyak yang datang. Selasaikan ja. Tapi orang politik lain pulak... kalau hilang keyakinan, dan kepercayaan... seperti yang terjadi di sabah dan Port Klang...

2. Aku jugak kelu bila kereta lebih 15 tahun kena p check PUSPAKOM tiap tiap taun... biar betol..yang guna keta KE20, KE30, GL, semua tu orang kampung yang sendiri mau ingat laaaaa...

3. Nak bagi subsidi beras???? yang dok ada masalah pembahagian projek kelas F pun kantoi la BRO BRO MENTERI OOOOIIIIIII..... aku baca DSKT kata tu betoi laaaaa...

4. Aku guna kad cradit...dulu free for life...lani kena baya RM50... Cuba kita pk orang yang berutang ni orang susah ka orang senang... kalau nak kawal bukan macam tu cara dia... bagi la max RM1000 unutk pendapatan RM1000 kaa...contoh ja la...

5. Yang paling bangsat....penggubal dasar ni bahalol ka....mabuk tuak kaaa.. Depa nak jaga sapa sebenaq nya.... TAK DAK PUN ORANG SIASAT RAKYAT BAWAH..kalu ikut poket depa ja...tunggu nak rebah teruih laaaa...

6. Kalau ini tang PM buat untuk test and Error.... do it... tp sapa yang akan rugiiii... Cina tak gelabah pun... Melayu gak yang macam TALAPIA TAK CUKUP OKSIGEN

Khamis, 22 Oktober 2009

PELUANG KAU PELUANG AKU JUGA

1. Banyak perkara yang berlaku dalam sebulan dua ni. Ia amat pantas. Kadang kadang kita tak sedar yang ia telah berlalu dan menberi impak yang besar dalam semua segi.
2. Walaupun aku hari hari sibuk bekerja tepi aku juga sibuk cari kerja. Cuba bayangkan orang yang belum ada kerja yang sedang cari kerja. Lagi pressure...sudah tentu..
3. Dalam dok cari kerja ni aku jumpa banyak benda yang kadang kadang menyampah yang amat. Bila sapa-sapa pun buka ja sesawang yang menjadi ejen cari kerja ni akan perasan yang Bahasa Malaysia tak diperlukan di dalam dunia industri di Malaysia.
4. Bahasa Malaysia menjadi bahasa NO 3.
5. aku rasa tak payah nak jtunjuk bukti kerana sapa pun boleh buka sesawang tersebut.
6. Bahasa Inggeris paling utama diperlukan mungkin untuk persembahan (presentation) dan komunikasi dengan pelanggan luar Negara kerana pelanggan tu tak pandai Bahasa Malaysia.
7. Bahasa Manderin menjadi bahasa NO 2. Kenapa?? Mungkin kalau aku akan jadi resis bila aku cakap. Tapi inilah kenyataan.
8. Banyak syarikat pembuatan di Malayisa mengimpot bahan mentah dari China, dengan itu komunikasi dua hala amat penting menggunakan Bahasa Manderin.
9. Perkara ini sebenarnya memberi kesan yang besar kepada Graduan Melayu, kerana peluang mereka amat terhad kepada syrikat multinational yang menggunakan Bahasa Inggeris dalam komunikasinya sahaja.
10. Mungkin fenomena ini yang berlarutan sejak dulu dan akan terus menghimpit graduan Melayu ini disedari atau sengaja buat-buat tak sedar diri.
11. Aku berharap 1Malaysia yang di gagas kan oleh Pak Jib ni boleh menghapuskan trend ini kalau tak pun MERAPAT KAN JURANG….

Khamis, 17 September 2009

SALAM AIDILFITRI


Di kesempatan ini aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua umat islam di dunia...semoga keberkatan Ramadhan ini memberikan kita hikmah untuk menempuh hari-hari yang mendatang...
Sesungguhnya sahabat itu terbina dengan 1 pertemuan 10 pertanyaan 100 keyakinan 1000 pengorbanan dan sejuta perjuangan dengan satu keikhlasan atas kerehaan Allah. Andai seorang sahabat membuat kebaikan ukir lah ia diatas batu agar tersemat dihati dan kekal sebagai memori terindah dan seandai sahabat membuat kesalahan tulislah ia diatas pasir agar ia hilang ditiup angina kemaafan…..SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN
Hari ini genap setahun pemergian ibu ku ke rahmatullah...semoga roh nya dicucuri rahmat Ilahi.
ALFATIHAH...
.

Jumaat, 21 Ogos 2009

salam ramadhan


Seribu senyuman
belum tentu menawan hati

satu jelingan sudah cukup
menimbulkan rasa benci
membina mengambil masa
meruntuh sekelip masa





Selamat Menyambut



Ramadhan
.
Maaf Zahir dan Batin

Semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina





Sekian, terima kasih







Iklas dari:



Mohamad Ridzuan Bin Hashim Baki,

Rabu, 19 Ogos 2009

KEPADA ALLAH JUA KU BERSERAH

"Islam bawah Umno tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka," katanya kepada pemberita di IKBN Bukit Mertajam di sini hari ini selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir."
KEPADA ALLAH JUA KU BERSERAH..........

Khamis, 9 Julai 2009

PPSMI: Dimana Maruah Bahasa Melayu

1. PPSMI, akan dimansuhkan dan akan diajar dengan bahasa ibunda bangsa sendiri. Kalau orang melayu yang belajar di sekolah kebangsaan akan diajar dalam bahasa melayu, India yang belajar di SRJK(T) akan diajar dalam bahasa Tamil, Cina yang belajar di SRJK (C) akan diajar dalam bahasa Cina.

2. Dulu orang yang menentang PPSMI ini adalah kerana untuk memertabatkan bahasa melayu bukan bahasa ibunda. Menjadi satu kekeliruan bila mentang PPSMI untuk memertabatkan bahasa melayu tetapi membari alasan yang tidak relevan yang pelajar akan lebih memahami bila diajar dalam bahasa ibunda. Dan kini kerajaan bertindak untuk memahamkan pelajar dalam pelajaran Sains dan Math ini demi MASA DEPAN NEGARA

3. Dimana pejuang Bahasa Melayu kini yang sanggup berdemontrasi menbantah PPSMI...? Adakah hajat mereka tercapai? Adakah maruah Bahasa Melayu akan pulih ke martabat yang tinggi.

4. Ayuh pejuang Bahasa Melayu, jangan lah jadi barua kepada suku-suku tertentu. Ayuh kita turun ke jalan-jalan raya unutk menentang pembelajaran dalam bahasa tamil dan bahasa cina kerana MEMPERJUANGKAN BAHASA MELAYU...

5. AKU CABAR PEJUANG BAHASA MELAYU INI AGAR BERJUANG SUPAYA SEMUA SEKOLAH MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU UNUTK MENGAJAR SAINS DAN MATH.

6. ADAKAH MEREKA INI..PEJUANG-PEJUANG BAHASA MELAYU SUDAH HILANG MARUAH UNUTK MEMERTABATKAN BAHASA MELAYU.?????

Khamis, 2 Julai 2009

Berpisah Jua

Pagi ni aku dengaq berita yang menggemparkan. Satu Malaya akan kecoh. Memang la Malaysia ni tak kan sunyi dengan kerenah politik. Pemimpin-pemimpin pakat la dok pulun dok jaga politik masing-masing hingga tak dan nak buat kerja. Rakyat dah bagi kepercayaan dan amanah pada PRU12 tapi hari ni rakyat dok tunggu-tunggu dengan penuh harapan janji-janji yang di tabor masa pilihanraya hari tu.

Apa yang paling mengejutkan DAP Kedah istihar keluar dari Pakatan Rakyat di Kedah. Maknanya PAS dan PKR saja yang akan memerintan Kedah bukan lagi Pakatan Rakyat. Ini menunjukan yang Pakatan Rapuh ini menghadapi masalah dalaman.

Yang paling aku hairan Tok-Tok Guru dan Ustaz-Ustaz dalam PAS (Parti yang berjuang ISLAM) ini masih menipu rakyat yang katanya Pakatan Rakyat masih utuh malah makin kuat. Tak ke munafik namanya perbuatan tu...

Krisis ini terjadi apabila DAP Kedah tidak lagi percaya dengan pinpinan PAS Kedah kerana merobohkan pusat penyembelihan BABI. Maka Ustaz Azizan mengeluarkan kenyataan yang DAP Kedah tidak menghormati pucuk pimpinan DAP pusat.

DAP Kedah memutuskan untuk keluar dari gabungan Pakatan Rakyat negeri itu kerana membantah tindakan kerajaan negeri merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Alor Star.

Sebelum itu, pada jam 3.30 petang petugas Majlis Bandaraya Alor Star menjalankan operasi merobohkan pusat penyembelihan tersebut.

Berikutan itu, Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su dan penyokongnya cuba menghalang operasi tersebut tetapi tidak berjaya.

DAP negeri kemudiannya mengadakan satu mesyuarat tergempar untuk membincangkan insiden tersebut.

Dan pada kira-kira jam 5 petang tadi, Thomas mengumumkan keputusdan DAP Kedah/Perlis untuk keluar dari Pakatan Rakyat.

Sementara itu, difahamkan ibupejabat DAP di ibungara akan mengadakan mesyaurat tergempar esok untuk membincangkan perkara tersebut.

Kita tunggu lepas ni apa lagi yang akan melanda Pakatan Rakyat ni...